Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PKWE berkunjung ke Istana Nurul Iman

    Oleh Normazlina M.D

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jun – Rombongan seramai 57 orang ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara hari ini, telah membuat kunjungan ke Istana Nurul Iman bagi menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja yang lain sempena Hari Raya Aidilfitri.

    Hadir mengetuai rombongan tersebut ialah Pengurus PKWE Daerah Brunei dan Muara, Haji Mohd Yusof bin Haji Murni.

    Kunjungan tersebut merupakan salah satu aktiviti bersempena Hari Raya Aidilfitri yang diadakan setiap tahun sejak pusat berkenaan ditubuhkan pada 2013.

    Ia diadakan untuk mengambil kesempatan bersua muka dengan pemimpin negara serta kerabat diraja lainnya, di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli PKWE Daerah Brunei dan Muara.

    Selepas berkunjung ke Istana Nurul Iman, rombongan tersebut telah mengadakan kunjungan ke rumah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin di Kampung Sungai Akar.

    Rombongan ahli PKWE lelaki bergambar ramai bersama Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa kunjungan ke kediaman Yang Berhormat Dato di Kampung Sungai Akar.
    Ahli-ahli PKWE Daerah Brunei dan Muara mengambil kesempatan merakamkan gambar kenangan beramai-ramai di Istana Nurul Iman.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda