Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Britain dituduh langgar peraturan COVID-19

    LONDON, 12 DIS – Boris Johnson hari ini berdepan soalan baharu mengenai dakwaan pelanggaran sekatan koronavirus oleh kerajaan selepas gambarnya muncul pada acara Krismas tahun lalu.

    Perdana Menteri Britain itu berdepan dengan pelbagai kritikan dan gesaan untuk berhenti berhubung dakwaan parti di Downing Street yang menyalahi undang-undang pada 18 Disember 2020.

    Beliau berulang kali menyatakan bahawa beliau diyakinkan perhimpunan itu mematuhi sekatan penjarakan sosial yang dilaksanakan pada masa itu dan telah mengarahkan siasatan dalaman.

    Namun, Sunday Mirror menerbitkan gambar Johnson yang dikatakan diambil tiga hari sebelum pesta itu, pada ‘kuiz maya’ untuk kakitangannya, di mana empat pasukan enam orang mengambil bahagian untuk mengumpul dana untuk amal.

    Makan tengah hari Krismas dan pesta yang ‘terutamanya aktiviti sosial” diharamkan ketika itu, ketika Britain adalah salah satu negara yang paling teruk dilanda COVID-19 dan bergelut dengan lonjakan dalam kes koronavirus Delta.

    Boris Johnson telah dituduh membuat perkumpulan yang melanggar peraturan kerajaan dalam arahan sekatan wabak Koronavirus. – Agensi

    Perkumpulan lebih daripada dua orang dari dua isi rumah di dalam rumah dilarang, menjejaskan rancangan Krismas untuk berjuta-juta orang selepas sekatan ketat berbulan-bulan, termasuk penutupan.

    Sunday Mirror yang berhaluan kiri berkata, Johnson mengambil bahagian sehingga 15 minit dan bertanya soalan sebagai ketua kuiz dalam satu pusingan.

    Setiausaha Pendidikan, Nadhim Zahawi, menolak laporan terbaru itu, memberitahu televisyen Sky News: “Ramai orang akan mempunyai malam kuiz Zoom yang serupa di seluruh negara.”

    Namun, pembangkang utama parti Buruh berkata, ia menunjukkan Johnson mempengerusikan “budaya tidak menghiraukan peraturan di tengah-tengah kerajaan”, selepas banyak dakwaan bahawa parti diadakan di seluruh Whitehall Krismas lalu.

    Tinjauan pendapat Opinium untuk The Observer meletakkan parti Buruh sembilan mata di hadapan Konservatif yang diwakili Johnson, dan mencadangkan 57 peratus orang berpendapat beliau harus berhenti, setelah naik sembilan mata daripada hanya dua minggu lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda