Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Jepun rancang lawat Eropah, Timur Tengah

    TOKYO, 20 Jun – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe merancang melawat Belgium, Perancis, Mesir dan Arab Saudi pada 11 hingga 18 Julai, lapor agensi berita Jepun Jiji Press, memetik seorang pegawai kerajaan.

    Pada 11 Julai, Abe akan menghadiri majlis menandatangani perjanjian perkongsian ekonomi perdagangan bebas antara Jepun dan Kesatuan Eropah (EU) di Brussels.

    Kemudian pemimpin itu dijadual menyertai Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), di ibu negara Belgia.

    Selepas empat tahun rundingan, akhirnya pada Disember tahun lepas Jepun dan EU menyimpulkan rundingan Perjanjian Perkongsian Ekonomi (EPA).

    Pada sidang kemuncak NATO, Abe dijangka menyeru kerjasama berhubung isu nukelar, keselamatan maritim dan pertahanan siber Korea Utara.

    Shinzo Abe ketika bercakap kepada pemberita mengenai gempa bumi di kediaman rasminya di Tokyo pada 18 Jun lalu. Abe merancang melawat Belgium, Perancis, Mesir dan Arab Saudi pada 11 hingga 18 Julai, lapor agensi berita Jepun Jiji Press, memetik seorang pegawai kerajaan. – AFP

    Pemimpin Jepun itu juga akan ke Paris untuk bertemu Presiden Perancis Emmanuel Macron di samping menghadiri majlis perasmian acara kebudayaan Japonisme 2018 pada 12 Julai.

    Dua hari kemudian menyaksikan perbarisan tentera sempena ‘Bastille Day’ iaitu meraikan ulang tahun peristiwa penting dalam Revolusi Perancis 1789.

    Semasa di Mesir dan Arab Saudi, Abe dijangka menyuarakan pendirian Jepun ke atas kepentingan di Timur Tengah selepas lawatannya ke Israel dan wilayah Palestin pada Mei.

    Beliau juga akan mengulangi komitmen kerjasama dengan pemimpin Mesir dan Arab Saudi di sektor ekonomi, tenaga dan agenda memerangi keganasan.

    Turut bakal menjadi topik perbincangan ialah perjanjian nuklear Iran. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda