SINGAPURA, 3 DIS – Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, disahkan positif COVID-19 buat kali pertama hari ini dan akan menjalani pengasingan diri sambil bekerja dari rumah, menurut kenyataannya di laman Facebook.
Wong berkata beliau bangun pagi dengan ‘sakit tekak yang teruk’ sebelum keputusan ujian mengesahkan jangkitan tersebut, yang turut dikongsi melalui gambar di media sosialnya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kesihatannya ‘secara keseluruhan baik’.
Wong, 51, telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura pada Mei lalu. – Xinhua