Thursday, November 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM S’pura akan lakukan lawatan rasmi pertama ke Thailand

    BANGKOK, 27 NOV – Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong akan memulakan lawatan rasmi sulung beliau ke Thailand esok bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan memupuk kerjasama dalam pelbagai sektor.

    Jurucakap Kerajaan Thailand, Jirayu Houngsub berkata lawatan itu atas jemputan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra.

    Beliau berkata mesyuarat dua hala antara kedua-dua pemimpin bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk pertukaran peringkat tinggi, perkongsian keselamatan dan ekonomi, hubungan rakyat dengan rakyat dan kerjasama strategik.

    Semasa lawatannya, Wong akan menghadiri upacara sambutan rasmi di Rumah Kerajaan, bertemu dengan Paetongtarn dan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) serta perjanjian antara kedua-dua negara. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda