Saturday, December 14, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis AS temui ganja AS$100 juta tanpa pemilik

    LOS ANGELES, 13 DIS – Penemuan ganja secara besar-besaran telah membuatkan polis Amerika Syarikat (AS) buntu selepas mereka menemui dadah bernilai AS$100 juta itu dibungkus dengan kemas, tanpa pemiliknya.

    Detektif dipanggil ke sebuah hartanah di Oak Hills, California oleh jiran yang mendapati bau kuat datang dari gudang yang baru dibina.

    Sebaik sahaja polis masuk ke dalam, mereka mendapati keseluruhan struktur seluas 450 meter persegi itu dipenuhi dengan beg sampah berisi ganja.

    Para pegawai mengambil masa dua hari untuk memuatkan dan memindahkan sebanyak 3,000 beg itu, yang mempunyai berat keseluruhan 45 tan ke dalam 51 buah lori.

    Detektif Chris Bassett dari Jabatan Syerif Daerah San Bernardino mengakui bahawa mereka terkejut dengan penemuan itu.

    Pegawai penyiasat berkata kepada wartawan bahawa tiada maklumat terkini tentang pemilik ganja berkenaan.

    Ganja – dari segi perubatan dan rekreasi – adalah sah di California, tetapi penanaman komersial memerlukan permit. – AFP

    Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda