SYDNEY, 2 OKT – Seorang lelaki Australia didakwa kerana mengedar aplikasi pemesejan sulit dikenali sebagai Ghost, di mana ia dipercayai digunakan oleh penjenayah di seluruh dunia untuk mengatur urusan jual beli dadah dan aktiviti jenayah, kata polis hari ini.
Aplikasi Ghost telah dipasarkan kepada tokoh dunia sebagai tidak boleh digodam dan digunakan oleh ratusan penjenayah yang disyaki dari Eropah, Timur Tengah, Australia dan Asia.
Ia didakwa direka oleh pakar komputer Australia berusia 32 tahun yang tinggal bersama ibu bapanya di pinggir bandar Sydney.
Polis Persekutuan Australia berkata hari ini mereka telah menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang didakwa sebagai pengedar aplikasi itu.
Telefon sulit itu telah dimuatkan terlebih dahulu dengan Ghost sebelum lelaki itu menyembunyikan dadah di tempat persembunyian yang telah diatur sebelumnya untuk diambil, kata polis.
Pihak berkuasa polis global berjaya menyusup dalam rangkaian, di mana mereka telah menyaksikan penjenayah membincangkan pengedaran dadah haram, pengubahan wang haram, pembunuhan dan keganasan serius.
Polis melakukan serbuan bulan lepas dan berjaya menangkap penjenayah dari Itali, Ireland, Sweden, Kanada dan Australia termasuk Jay Je Yoon Jung, yang didakwa sebagai dalang. Ghost, sejenis WhatsApp untuk penjenayah, dicipta sembilan tahun lalu dan hanya boleh diakses melalui telefon pintar diubah suai yang dijual pada harga kira-kira Aus$2,350 (AS$1,590). – AFP