Sunday, October 6, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis buru lelaki tikam wanita

    SYDNEY, 8 JULAI – Polis Australia telah memulakan operasi pemburuan dengan serta-merta selepas seorang wanita maut ditikam di barat Sydney hari ini.

    Kira-kira jam 1:40 petang waktu tempatan, perkhidmatan kecemasan telah dipanggil ke sebuah rumah di Great Western Highway, Kingswood, berikutan laporan mengenai tikaman. Sejurus tiba, anggota polis menemui seorang wanita yang cedera, yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20an dan mengalami dua kesan tikaman di dadanya.

    Walaupun paramedik berusaha untuk menyelamatkan wanita tersebut, dia telah diisytiharkan meninggal dunia di tempat kejadian.

    Pasukan Polis New South Wales menyatakan dalam satu kenyataan bahawa mangsa masih belum dikenal pasti secara rasmi.

    Seorang lelaki berusia 22 tahun dilihat melarikan diri dari lokasi kejadian, menurut kenyataan tersebut. Pada masa ini, siasatan sedang dijalankan untuk mendedahkan lebih lanjut insiden berkenaan.

    Polis negeri mengesahkan bahawa tiada ancaman berterusan kepada orang ramai.

    Dengan lebih 10,000 orang yang tinggal di pinggir bandar berkenaan, Kingswood terletak 50 km di barat daerah pusat perniagaan Sydney. – Xinhua

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda