Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis NY cari lelaki tembak mati dua gelandangan

    NEW YORK, 14 MAC – Polis di New York menyeru orang awam untuk membantu mencari seorang lelaki yang menembak dua gelandangan Sabtu lalu, membunuh seorang daripadanya ketika dia tidur di tepi jalan.

    ‘Kes itu jelas menakutkan,” kata Datuk Bandar Eric Adams, bekas pegawai polis, ketika dia menggesa mana-mana saksi untuk tampil ke hadapan.

    Penembak mula-mula menembak seorang lelaki berusia 38 tahun di Lower Manhattan awal Sabtu, mencederakan mangsa namun tidak membunuhnya, kata penyiasat.

    Kemudian, sebelum jam 5 petang, polis di kejiranan sama mendapati mayat seorang lelaki dalam beg tidur. Dia ditembak di kepala dan leher.

    Rakaman pengawasan video merekodkan serangan itu, menunjukkan penembaknya menembak lelaki kedua yang tidur sekitar jam 6 pagi, sejurus selepas insiden pertama.

    Malam semalam, media tempatan melaporkan lelaki ketiga yang kelihatannya juga diserang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda