Monday, January 13, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis rampas 137 laras senjata tiruan, tahan 10 individu

    KUCHING, 12 JAN – Sepuluh individu termasuk tujuh wanita ditahan manakala 137 laras senjata tiruan dirampas dalam serbuan di lima premis menjual barang mainan di kawasan Kuching dan Samarahan, semalam.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata kesemua suspek warga tempatan berusia dalam lingkungan 19 hingga 46 tahun.

    “Serbuan dibuat setelah pihak polis menerima maklumat aktiviti menjual senjata api tiruan kepada orang awam.

    “Polis merampas 67 senapang dan 70 pistol tiruan turut dirampas 344 peket dan 18 botol berisi peluru plastik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

    Mancha berkata polis Sarawak akan terus menjalankan operasi dan pemantauan terhadap penjualan senjata api tiruan di seluruh negeri ini. – Bernama

    Sebanyak 137 laras senjata tiruan dirampas dalam serbuan di lima premis menjual barang mainan di kawasan Kuching dan Samarahan, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda