Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Sepanyol gagalkan operasi pengedaran ‘bakul dadah’

    MADRID, 21 DIS – Anggota polis Sepanyol berjaya menangkap dua suspek yang disyaki sebagai pengedar dadah yang mencuba menjual bakul Krismas berisi kokain, hasyis, minuman keras dan juga daging paha yang telah diawet, menurut pihak polis hari ini.

    Pegawai-pegawai bertugas menjumpai loteri yang aneh semasa serbuan ke sarang dadah yang dikendali oleh dua orang lelaki tersebut, seorang warga Sepanyol dan seorang lagi warga Argentina, di bandar timur, Murcia, menurut kenyataan pihak polis tanpa menambah waktu mereka membuat serbuan itu.

    Di dinding, mereka menemukan senarai pembeli-pembeli yang mengambil bahagian dalam undian untuk memenangi ‘bakul dadah’, satu pada Hari Krismas dan selainnya pada 6 Januari, iaitu cuti besar di Sepanyol, tambahnya.

    “Bakul itu berisi dengan kokain, hasyis, tembakau, duit dan malah daging paha yang telah diawet,” kata pihak polis.

    Tiket-tiket tersebut bernilai lima euro bagi loteri Hari Krismas dan 10 euro untuk cabutan kedua, menurut dari gambar-gambar yang telah dikeluarkan oleh polis menunjukkan papan tanda ditulis dengan tangan telah dijumpai di markas pengedar dadah itu. – AFP

    Anggota polis Sepanyol telah berjaya menangkap dua orang lelaki yang dicurigai menjual barang tegahan dalam bentuk ‘bakul Krismas’.- Gambar hiasan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda