Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pope Francis tawar perlindungan kepada bekas pemimpin Myanmar

    NAYPYIDAW, 24 SEPT – Pope Francis telah menawarkan perlindungan di wilayah Vatican kepada bekas pemimpin Myanmar yang ditahan, Aung San Suu Kyi, kata media Itali hari ini.

    “Saya meminta pembebasan Aung San Suu Kyi dan saya bertemu anaknya di Rom. Saya telah mencadangkan kepada Vatican untuk memberikan perlindungan kepadanya di wilayah kami,” kata Pope menurut laporan pertemuan dengan Jesuit di Asia semasa lawatannya awal bulan ini.

    Akhbar harian, Corriere della Sera menerbitkan artikel oleh paderi Itali, Antonio Spadaro yang memberikan petikan daripada pertemuan peribadi ini, yang berlangsung di Indonesia, Timor Leste dan Singapura antara 2 hingga 13 September.

    “Kita tidak boleh berdiam diri mengenai situasi di Myanmar hari ini. Kita mesti melakukan sesuatu,” kata Pope seperti yang dilaporkan. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda