Friday, January 17, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Praktikal namun menarik

    Oleh Syahmi Hassan – 

    Menambah elemen ‘kesederhanaan’ di bilik mandi tidaklah begitu sukar. Projek kali ini memberi fokus kepada cara membuat pemegang tisu kayu yang mudah tetapi tahan lama. Dengan langkah-langkah berikut, awda dapat menghasilkan rekaan yang praktikal dan bergaya.

    Antara barang yang diperlukan:

    • Empat potong kayu
    • Gam kayu
    • Kertas pasir
    • Minyak kayu
    • Minyak dowel (batang kayu kecil)

    POTONG KAYU

    Mulakan dengan memotong empat potongan kayu mengikut saiz yang diperlukan. (Gambar 2)

    Pastikan setiap potongan mempunyai ukuran seragam untuk menghasilkan pemegang tisu yang stabil dan menarik. (Gambar 3)

    Gambar 1 – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 2 – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 3 – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 4 – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 5 – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 6 – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 7 – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 8 – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 9 – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 10 – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 11 – Gambar oleh Mywiwood

    Bersihkan tepi kayu menggunakan kertas pasir sehingga licin untuk memudahkan proses mencantum.

    BENTUK KAYU

    Dua daripada empat potong kayu perlu dibentuk menjadi separuh bulatan untuk memberikan rekaan yang lebih ergonomik. (Gambar 4)

    Gunakan kertas pasir untuk mendapatkan bentuk yang licin dan rata. (Gambar 5 & 6)

    Selain itu, buat dua alur kecil pada bahagian atas kayu untuk memegang batang tisu. (Gambar 7)

    CANTUMKAN KAYU

    Sapukan gam kayu pada bahagian potongan kayu yang akan dicantum.

    Cantumkan tiga daripada empat potongan kayu menjadi rangka asas pemegang tisu. (Gambar 8)

    Untuk memastikan sambungan lebih kukuh, masukkan kayu dowel di kedua-dua sisi untuk menyokong struktur. (Gambar 9)

    Biarkan gam kering sepenuhnya sebelum meneruskan ke langkah berikutnya.

    SENTUHAN AKHIR

    Setelah gam kering, haluskan keseluruhan pemegang tisu dengan kertas pasir untuk memastikan permukaan kayu licin dan selesa disentuh. (Gambar 10)

    Sapukan minyak kayu pada pemegang tisu untuk melindungi permukaan dan menjadikannya kalis air.

    Minyak kayu juga akan menambah kilauan pada rekaan awda.

    Pemegang tisu kini siap digunakan dan mampu menjadi elemen dekorasi yang menarik di bilik mandi awda. (Gambar 11)

    Dengan panduan mudah ini, awda boleh mencipta pemegang tisu kayu yang praktikal dan bergaya untuk digunakan di rumah awda. Selamat mencuba!

    Tip Rekaan

    • Gunakan minyak kayu berkualiti tinggi untuk hasil akhir yang lebih tahan lama.

    • Pastikan ukuran setiap potongan kayu tepat sebelum proses mencantum untuk meminimumkan kesilapan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda