Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    Premier Sarawak tidak ambil peduli tohmahan terhadap kepimpinannya

    KUCHING, 16 JUN – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan beliau tidak ambil peduli tohmahan serta fitnah yang dilontarkan oleh orang luar terhadap kepimpinannya.

    Beliau berkata apa yang penting adalah keikhlasan, kerja keras dalam mentadbir urus kerajaan agar Sarawak membangun, menjana pendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

    “Kalau kita bagus orang akan dengki, orang nak kutuk saya, kutuklah, saya tidak ambil peduli…saya sebagai seorang Islam percaya Tuhan akan membantu saya.

    “Di usia 74 tahun ini, saya diberikan kesihatan yang bagus untuk terus bekerja, berjalan ke negara lain, melihat cara negara lain membangun dan berjumpa dengan orang untuk mencari cara membangunkan Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Gawai Dayak Daerah Gedong hari ini.

    Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan beberapa laporan polis telah dibuat terhadap individu bernama Nehru Sathiamoorthy, penulis artikel di sebuah platform berita dalam talian yang memperlekehkan kepimpinan dan pencapaian Abang Johari.

    Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata turut mengesahkan sebanyak lima laporan polis telah dibuat terhadap artikel tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...