Saturday, January 18, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Produk Takaful TBK bagi perlindungan COVID-19

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 APRIL – Ketika ekonomi global dan berjuta-juta nyawa di seluruh dunia terjejas akibat pandemik COVID-19, Negara Brunei Darussalam melaporkan kes pertama pada awal bulan Mac lalu dan sehingga sekarang telah mencecah kepada 133 kes.

    Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK) sebagai salah satu takaful terkemuka di Brunei memaklumkan kepada orang ramai bahawa TBK Takaful Aman, Takaful Aman Plus dan Takaful StudentCare menyediakan pakej insurans untuk COVID-19 dan sekarang, TBK telah memasukkan insurans perlindungan COVID-19 ke dalam produk perubatan mereka seperti Hospital Takaful As-Syifa dan Takaful Group.

    Takaful Aman menyediakan perlindungan kewangan yang sesuai kepada individu yang bekerja di sektor kerajaan, sektor swasta, usahawan, bekerja sendiri dan eksekutif muda. Manakala TBK Takaful Aman adalah insurans perlindungan kematian dan hilang upaya yang kekal akibat kemalangan. Bagi Takaful Aman Plus, pelanggan juga diberi kemudahan dengan cara membuat pembayaran bulanan melalui Pusat Panggilan TBK dan pembayaran dalam talian.

    Para pelajar Brunei yang berada di bawah Penjagaan Pelajar Takaful TBK yang masih berada di luar negara pada masa ini, mereka dilindungi dengan insurans rawatan sekiranya mereka didiagnosis de-ngan COVID-19 sehingga 50 peratus untuk rawatan mereka.

    Sementara bagi Takaful As-Syifa’ and Takaful Group Hospital dan Pembedahan menyediakan perlindungan sehingga 50 peratus bagi manfaat rawatan pesakit dan 100 peratus manfaat Elaun Hospital harian sebanyak $50 ke $200 sehari sehingga 65 hari tertakluk kepada pelan pakej yang dipilih. Perlindungan ini ditawarkan kepada mereka yang belum didiagnosis dengan COVID-19.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda