Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Produksi bayar Bell Ngasri lebih mahal

    Pelakon Malaysia, Bell Ngasri memberitahu harga bagi mendapatkan perkhidmatannya meningkat sejak menyandang gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) Julai lalu.

    Bell atau Ngasrizal Ngasri, 43, bagaimanapun menjelaskan bukan dia menukar harga tersebut sebaliknya diberikan sendiri oleh pihak produksi yang membuat tawaran lakonan kepadanya.

    Meskipun tidak pernah terfikir menukar harga namun Bell berkata, dia bersyukur apabila ramai mula menghargai bakatnya dengan menawarkan bayaran setimpal.

    “Mungkin ada tinggi sikit tapi bukan saya yang naikkan tapi mereka (produksi) sendiri nak bayar lebih mahal.

    “Kadang-kadang mereka sendiri letak harga tinggi berbanding sebelum ini. Saya sebenarnya tidak kisah sebab mereka yang buat tawaran pun semua ‘kawan-kawan’ lama.

    Bell bersyukur ramai mula menghargai bakatnya dengan menawarkan bayaran setimpal. – Harian metro

    “Jadi mereka sendiri tahu kerja saya macam mana dan mereka menghargainya,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, Bell memberitahu dia sangat menghargai peminatnya sehingga sanggup turun di beberapa tempat demi beramah mesra dengan mereka.

    Katanya, disebabkan peminat dia berada di tempatnya ketika ini.

    Malah dia juga memaklumkan dirinya bakal berada di Karnival Kedah Best pada Disember nanti untuk bertemu peminatnya di sana.

    “Sebab bagi saya jasa mereka saya sekarang seperti ini. Jadi buat apa saya nak larikan diri. Saya akan buat semampu saya,” luahnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda