Sunday, December 15, 2024
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program MIB kukuh jati diri sebelum ke luar negara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Dalam usaha untuk mengukuhkan jati diri terhadap negara dalam kalangan pelajar khususnya yang melanjutkan pengajian ke luar negara, Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MTMIB), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Program Generasi Ber-MIB khusus bagi pelajar-pelajar Negara Brunei Darussalam yang sedang melanjutkan pengajian di Malaysia, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, di sini, menyatakan program itu diadakan sebanyak dua sesi iaitu pada 14 dan 15 Disember di mana ia dihadiri oleh pelajar Biasiswa Kerajaan ke Luar Negeri dan Pelajar Persendirian yang melanjutkan pengajian di Malaysia.

    Program itu bertujuan untuk memperkukuh jati diri dalam kalangan pelajar sambil memperdalam pemahaman mereka terhadap falsafah Melayu Islam Beraja (MIB).

    Di samping itu, program itu juga berfungsi sebagai mekanisme pertahanan yang bertindak melindungi pelajar daripada pengaruh budaya asing serta elemen-elemen yang bertentangan dengan nilai-nilai teras MIB.

    Program itu mengandungi tiga sesi taklimat yang merangkumi MIB Jati Diri Kitani, Tanggungjawab Duta Kecil (Pelajar) Negara Brunei Darussalam dalam mempertahankan imej MIB di luar negara serta taklimat daripada pihak Biro Kawalan Narkotik (BKN), Negara Brunei Darussalam.

    Di samping itu, bengkel berkenaan juga dihasratkan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi melalui perbincangan secara berkumpulan, mengasah kemahiran dalam berfikiran secara kritis dan penyelesaian masalah.

    Gambar ramai peserta yang menyertai Program Generasi Ber-MIB. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda