Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Tanweer Taibah perkukuh pengajian Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN 16 SEPT – Bagi memupuk hubungan mendalam dengan Al-Quran serta memperkayakan pemahaman ilmu agama dalam kalangan masyarakat, Akademi Quran Al-Huzaify (AQH) Brunei telah melancarkan program khas Tanweer Taibah 2024/2025 di HiTUNE, Hit Space Training Room, Bangunan PA Rafeah, Kampung Mata-Mata, hari ini.

    Hadir pada majlis pelancaran itu ialah tetamu kehormat, Pengarah Urusan HiTUNE Group of Companies, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang.

    Program Tanweer Taibah 2024/2025 menawarkan peluang kepada peserta untuk mengaji Al-Quran di Masjid Nabawi Madinah dan menunaikan umrah di Mekah.

    Program berkenaan dirancang untuk memberikan pengalaman rohani yang mendalam dan memperkukuh pertumbuhan agama para peserta.

    Ia akan dikendalikan oleh asatizah yang berpengalaman dan akan memberikan impak yang besar kepada peserta untuk menyumbang kepada perkembangan rohani mereka.

    Pada majlis itu, Pengiran Zamri melahirkan keyakinan inisiatif AQH Brunei menandakan satu lagi pencapaian penting dalam menyokong usaha bagi memajukan pendidikan Al-Quran di Brunei Darussalam.

    Pengiran Zamri bergambar ramai pada program tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda