Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Progresif, Incomm meterai perjanjian

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Progresif Sdn Bhd dan Integrated Communication Sdn Bhd (Incomm) hari ini menandatangani memorandum perjanjian bagi Incomm menjadi penjual semula produk Progresif yang berlangsung di Samsung Experience Store, Gadong.

    Hadir menandatangani perjanjian ialah Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar dan disaksikan oleh Ketua Pengguna Progresif, Dayang Rahimah binti Kisut, bagi pihak Progresif manakala Incomm diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Ang Siok Tuan dan disaksikan oleh Pengurus Besar Incomm, Juliana Sim.

    Melalui perjanjian tersebut, Progresif E-Top Up, kad recaj, kad prabayar dan perkhidmatan pasca bayar kini tersedia di semua kedai Incomm. Selain itu, pelanggan pasca bayar Progresif juga dapat membayar pembayaran bil di kedai Incomm.

    Serentak dengan kolaborasi digital tersebut, pelanggan baharu dapat menikmati tawaran luar biasa ketika mendaftar untuk Progresif 25GB One Mobile Plan untuk kontrak 18 bulan, mereka akan mendapat satu baucar Progresif dan Incomm atau mendapat Samsung Galaxy A12.

    Selain itu, pelanggan Progresif dapat menikmati diskaun untuk aksesori mudah alih terpilih yang dibeli dari Incomm.

    Pelanggan baharu yang mendaftar ke pelan pasca bayar Progresif One Mobile di mana-mana kedai Incomm akan mendapat data 2GB. Promosi ini sah dari 30 Julai hingga hujung Ogos.

    Wakil dari syarikat Progresif Sdn Bhd dan Incomm semasa menandatangani perjanjian tersebut di Samsung Experience Store, Gadong.
    Wakil dari syarikat Progresif Sdn Bhd dan Incomm bergambar ramai semasa acara tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda