Saturday, September 28, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Progresif, STE Infosec kerjasama tingkat keselamatan digital

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Progresif Sdn Bhd, sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Brunei, mengadakan majlis penandatanganan perjanjian kerjasama dengan ST Engineering Info-Security Pte Ltd (STE Infosec), penyelesaian keselamatan siber terkenal dan penyedia perkhidmatan yang berpangkalan di Singapura.

    Progresif dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menjelaskan, perkongsian strategik itu telah diumumkan pada Persidangan Keselamatan Siber Brunei (CySec) 2024 yang diadakan di Empire Hotel Brunei dengan tema Kewaspadaan Siber dan Kedaulatan Data: Melindungi Horizon Digital, baru-baru ini.

    Hadir pada majlis tersebut, Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Tuan Yang Terutama Laurence Bay dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Shaun Grosse. Kerjasama itu menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan Brunei ke arah meningkatkan keselamatan digital.

    Dengan menggabungkan kepakaran tempatan dan infrastruktur telekomunikasi, Progresif dengan penyelesaian dan perkhidmatan keselamatan siber termaju STE Infosec, perkongsian itu bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pertahanan siber Brunei.

    Selain itu, inisiatif tersebut juga memberi tumpuan kepada pembangunan dan penyelesaian operasi keselamatan siber yang terkini, termasuk perkhidmatan Pusat Operasi Keselamatan (SOC).

    Menerusi kerjasama ini, ia dihasratkan dapat memanfaatkan kepakaran global sambil memupuk bakat domestik, memastikan pemantauan ancaman sepanjang masa dan melaksanakan mekanisme pertahanan canggih.

    Dengan memperkukuh daya tahan digital dan memupuk tenaga kerja keselamatan siber yang mahir, Progresif mengambil langkah proaktif untuk melindungi kepentingan perniagaan dan data pelanggan dalam landskap digital yang berkembang pesat.

    Hajah Nurul Haniah hadir pada majlis penandatanganan tersebut. – GAMBAR SERAHAN PROGRESIF
    Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar dan TYT Laurence Bey bergambar ramai selepas majlis penandatanganan perjanjian tersebut. – GAMBAR SERAHAN PROGRESIF

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda