Wednesday, February 5, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek hidrogen hijau Australia terbantut

    SYDNEY, 4 FEB – Projek hidrogen ‘hijau’ utama Australia menemui kebuntuan hari ini selepas kerajaan negeri itu menarik balik sokongannya, sekali gus memberi tamparan hebat kepada cita-cita tenaga boleh diperbaharui negara itu.

    Projek itu bertujuan untuk membina sebuah loji pengeluaran hidrogen di negeri tengah Queensland, yang akan menghasilkan bahan api pelepasan rendah untuk disalurkan kepada negara seperti Jepun dan Singapura. Walaupun kerajaan Australia telah menjanjikan AS$40 juta untuk pembinaannya, pegawai negeri telah menarik sokongan mereka kelmarin kerana kos yang semakin meningkat.

    Menteri Perubahan Iklim, Chris Bowen berkata hari ini ia adalah berita mengecewakan.

    “Hidrogen hijau merupakan kekuatan unik Australia dan kami tidak menyesal untuk meneruskan industri yang diiktiraf mempunyai peranan penting dalam masa depan pembuatan dan tenaga di Australia termasuk di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan.

    Namun masih tidak jelas sama ada hab hidrogen itu boleh diteruskan tanpa sokongan kerajaan negeri atau sebaliknya.

    Bowen berkata ia akan menjadi keputusan komersial untuk pihak yang terlibat.

    Iwatani Corporation Jepun dan Marubeni Corporation telah disenaraikan sebagai rakan kongsi bersama pengurus aset yang berpangkalan di Singapura, Keppel.

    Jurucakap negeri Queensland berkata kos infrastruktur baharu akan mencecah ratusan juta dolar Amerika Syarikat. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda