Oleh Sim Y. H.-
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) mengumumkan pelancaran kali kedua promosi bagi semua pembelian Shell V-Power bermula 1 hingga 31 Disember.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BSM, di sini, Shell V-Power diformulasikan khas dengan teknologi Dynaflex iaitu agen pembersih yang kuat untuk membantu mengekalkan kebersihan komponen sistem bahan api utama dan melindunginya daripada deposit yang menjejaskan prestasi.
Selain itu, ia juga membantu mengawal deposit kotoran untuk membantu mencapai kecekapan dan prestasi.
Bagi setiap pembelian mana-mana minyak Shell V-Power, pelanggan boleh mengambil bahagian dalam cabutan digital dan berpeluang memenangi 100 peratus pulangan tunai bagi pembelian mereka dengan mengimbas kod QR yang tedapat di stesen minyak Shell V-Power, di laman sesawang BSM dan saluran media sosial.
Tidak memerlukan pembelian minimum dan tiada had jumlah seorang peserta boleh menang, pelanggan boleh memasukkan berbilang resit transaksi Shell V-Power untuk menyetai. Setiap resit transaksi layak bagi satu penyertaan.
Sebanyak 20 resit yang menang akan diumumkan pada Januari 2025 dengan ganjaran pulangan tunai dalam bentuk baucar minyak Shell V-Power.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut senarai stesen minyak yang mengambil bahagian dan cara menyertainya, orang ramai digalakkan untuk mengikuti BSM di saluran media sosial Terma dan syarat penuh boleh diperoleh di laman sesawang BSM, www.bsm.com.bn.
Minyak Shell V-Power boleh diperoleh di 15 buah stesen minyak di negara dengan senarai stesen minyak berkenaan, boleh dirujuk melalui saluran media sosial BSM.