Thursday, January 2, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Prototaip kereta api terpantas diperkenal

    BEIJING, 29 DIS – Prototaip kereta api laju CR450, yang mampu beroperasi pada kelajuan 400 kilometer sejam (km/j), diperkenalkan di Beijing hari ini, menurut pengendali kereta api negara itu.

    CR450 juga diuji pada kelajuan maksimum 450 km/j, mencerminkan kemajuan terkini China dalam teknologi itu, kata China State Railway Group Co, Ltd (China Railway), lapor Xinhua.

    Model baharu itu jauh lebih pantas berbanding kereta api laju CR400 Fuxing yang sedang beroperasi, dengan kelajuan perkhidmatan 350km/j.

    China Railway akan menjalankan siri ujian laluan untuk prototaip tersebut dan mengoptimumkan penunjuk teknikalnya bagi memastikan CR450 dapat memasuki perkhidmatan komersial secepat mungkin. – Bernama

    Kelihatan kereta api laju CR450BF di Beijing, ibu negara China, kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda