Thursday, April 24, 2025
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    PUJA adakan kursus cat

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) hari ini, mengadakan kursus pembangunan profesional berterusan (CPD) mengenai ‘Cat: 4 Perkara yang Perlu Diketahui’ yang berlangsung di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

    Kursus tersebut disampaikan oleh Pengurus Perkhidmatan Teknikal Jotun, Malaysia, Wai Man Yu yang mempunyai pengalaman dalam industri salutan selama 19 tahun, yang mana beliau juga sering mengadakan ceramah mengenai cat di pelbagai organisasi termasuk PAM, pemaju dan kontraktor utama.

    Semasa kursus itu, peserta diberikan penerangan mengenai asas teknologi cat yang menumpukan kepada beberapa perkara antaranya kimia cat, sifat dan terminologi.

    Selain itu, kepentingan penyediaan permukaan juga ditekankan dengan memberi perhatian khusus terhadap kaedah penyediaan untuk pelbagai substrat.

    Peserta juga berpeluang mempelajari mengenai peralatan pengecatan, metodologi dan instrumen ujian, sebagai tambahan kepada analisis menyeluruh mengenai kegagalan cat, sebab-sebabnya dan bagaimana menanganinya.

    Wai Man Yu semasa menyampaikan penerangan mengenai perkara yang berkaitan dengan cat. – Gambar oleh Rahwani Zahari

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda