Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    PUJA Brunei hadiri Kongres PAQS ke-26 di Singapura

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Rombongan Bahagian Juruukur, Pertubuhan Ukur Jurutera dan Arkitek (PUJA) Negara Brunei Darussalam, telah menghadiri Kongres Pacific Association of Quantity Surveyors (PAQS) ke-26 yang berlangsung di Singapura pada 9 hingga 13 September lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PUJA, di sini, rombongan yang menghadiri kongres berkenaan ialah Naib Presiden dan Pengerusi Bahagian Juruukur, Sr Hajah Hajijah binti Haji Salleh; Naib Pengerusi (Juruukur Bahan), Sr Hajah Wan Farhani binti Haji Suhaili; Setiausaha, Sr Aaron Wong Chuan Zing; Ahli Am 1, Sr Lye Kok Kuan; Ahli Am 3, Sr John Wong Chee Kwong; Ahli Am 4, Sr Haji Muhammad Haziq bin Haji Abdul Zariful dan Ahli Am 5, Sr Awangku Mohd Adib bin Pengiran Haji Ali Hassan.

    Turut menghadiri acara berkenaan ialah Presiden PUJA, Sr Haji Mohammad Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Abdul Rahman dan dua orang pegawai kerajaan iaitu Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani dan Dayang Nurul Faizah binti Haji Jamalludin.

    PAQS merupakan organisasi juruukur bahan yang paling dikenali di dunia yang merangkumi 14 buah institusi juruukur bahan profesional dari Australia, Brunei Darussalam, Kanada, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Fiji, Korea dan Afrika Selatan dengan ahli-ahli institusi profesional bersekutu dari Eropah.

    Kongres berkenaan dihadiri oleh kira-kira 250 orang peserta yang merangkumi profesional, saintis, juruukur bahan, ahli teknologi, pelajar dan ahli akademik dari serata dunia, serta dihoskan oleh Singapore Institute of Surveyors and Valuers (SISV) dengan membawa tema Disruption and Transformation in the Built Environment.

    Ia menyaksikan penyampaian kertas-kertas teknikal yang meliputi pelbagai topik termasuk teknologi digital, masa hadapan untuk belia, pelaksanaan bangunan hijau, kemampanan, pengurusan perubahan, amalan industri masa kini, pendidikan, ekonomi, pengurusan bencana, mempersiapkan profesion untuk masa hadapan serta lawatan teknikal ke tapak-tapak.

    Kongres PAQS ke-27 akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 25 dan 26 September 2023 dengan membawa tema Decarbonising the Future.

    Delegasi PUJA Brunei bersama pegawai-pegawai kanan yang menghadiri Kongres PAQS ke-26 di Marina Bay Sands, Singapura. – Gambar serahan PUJA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...