Thursday, January 2, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puluhan cedera hidu gas di pasar raya Jerman

    MOSCOW, 30 DIS – Sekurang-kurangnya 41 orang mengalami masalah pernafasan selepas terdedah kepada gas yang tidak diketahui di pasar raya Kaufland di bandar Waldheim, timur Jerman, kata polis, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    “Beberapa pelanggan mengadu tidak sihat dan mengalami kerengsaan pernafasan. Jumlah mangsa kini mencecah 41 orang. Selepas rawatan awal oleh pasukan penyelamat di lokasi, 15 daripada mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut,” kata polis di Saxony pada Sabtu lalu.

    Pasar raya itu kemudiannya segera dikosongkan. – Bernama

    Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda