BEIRUT, 26 Feb – Serangan nekad ke atas dua buah pangkalan keselamatan di bandar ketiga Syria, Homs membunuh berpuluh orang, termasuk ketua perisikan tertinggi, semalam, yang membayangi perbincangan damai di Geneva.
Bekas anggota gabungan Al-Qaeda, Fateh al-Sham Front mengaku melakukan serangan itu yang menyasarkan dan membunuh Jeneral Hassan Daabul, pengikut hampir kepada Presiden Bashar al-Assad.
Pemerhati bagi Hak Asasi Kemanusiaan Syria berkata 42 orang terbunuh apabila penyerang menyasarkan ibu pejabat keselamatan negara dan perisikan tentera yang dikawal ketat di kejiranan Ghouta dan Mahatta.
Gabenor serantau, Talal Barazi berkata 30 orang terbunuh dan 24 orang cedera.
Televisyen negara, mengesahkan kematian Daabul, yang berkata jeneral itu dijadikan sasaran oleh salah seorang penyerang nekad itu.
Pengebom terlibat dalam pertempuran senjata bersama pegawai perisikan sebelum meletupkan diri mereka.
Ketua Pemerhati, Rami Abdel Rahman berkata pertempuran berlaku selama dua jam.
Fateh al-Sham berkata lima daripada militan menyertai serangan itu. Televisyen negara dan Pemerhati bercakap mengenai enam penyerang.
Homs berada di bawah kawalan kerajaan sepenuhnya sejak Mei 2014 apabila pemberontak mengundurkan diri dari kedudukan itu di bawah persetujuan gencatan senjata yang ditaja oleh PBB.
Tetapi ia menyaksikan pengeboman yang berulang kali sejak itu. Serangan berkembar membunuh 64 orang awal tahun lepas. – AFP