Sunday, June 23, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Puluhan terbunuh dalam pertempuran antara kaum di DR Congo – PBB

    NEW YORK, 22 MEI – Puluhan orang awam telah terbunuh setakat bulan ini dalam pertempuran antara kaum yang berlaku di Republik Demokratik Congo (DR Congo), menurut agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, lapor Xinhua.

    Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) berkata pekerja bantuan sedang membantu penduduk yang cedera dan kehilangan tempat tinggal daripada pertempuran di wilayah timur laut Tshopo.

    Menurut OCHA, sejak Februari 2023, pertempuran itu telah menyebabkan 740 orang awam terbunuh dan 75,000 orang hilang tempat tinggal di Kisangani, ibu kota Tshopo.

    Pejabat itu berkata pasukan penilai yang diketuai OCHA mendapati bahawa makanan, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan adalah keperluan paling mendesak bagi penduduk kehilangan tempat tinggal.

    Agensi itu menyeru semua pihak terlibat untuk bekerjasama bagi menamatkan keganasan, melindungi orang awam dan mencari penyelesaian yang mampan kepada konflik di negara berkenaan. – Bernama

    Pasukan keselamatan Congo mengamankan jalan raya selepas tentera Congo berkata ia telah ‘mengagalkan rampasan kuasa’ dan menangkap pelaku, berikutan tembak-menembak, di Kinshasa, Republik Demokratik Congo, pada 19 Mei 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia bantu tingkat kesediaan penyakit serantau

    CANBERRA, 21 JUN – Agensi sains kebangsaan Australia akan membantu negara-negara di Pasifik dan Asia Tenggara agar lebih bersedia menghadapi wabak penyakit, umum kerajaan...