HONG KONG, 15 DIS – Berpuluh-puluh penduduk terperangkap di bahagian bumbung bangunan pencakar langit di Hong Kong selepas kejadian kebakaran berlaku hari ini, dengan anggota bomba bergegas untuk menyelamatkan mereka dan cuba memadam kebakaran.
Kebakaran berlaku pada awal petang di Pusat Dagangan Dunia di Jalan Gloucester di bandar terkenal Causeway Bay di daerah membeli-belah, menurut kenyataan kerajaan. Bangunan 38 tingkat itu merupakan sebuah pejabat dan gedung membeli-belah.
Sekurang-kurangnya 12 tercedera semasa kebakaran dan dihantar ke hospital.
Anggota bomba menggunakan tangga sambungan untuk menyelamatkan beberapa orang yang terperangkap di aras bawah bangunan.
Ada di antara mereka dikatakan terperangkap di restoran dalam gedung membeli-belah, menurut akhbar South China Morning Post.
Kebakaran dikategorikan sebagai tahap tiga, menurut pihak polis. Kebakaran dinilai daripada ukuran satu hingga lima, dengan lima dikira yang paling teruk.
Anggota bomba mengerakkan dua pasukan membawa alat pernafasan dua membawa jet air untuk memadam kebakaran, menurut polis.- AP