Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk kesedaran pelajar tentang ASEAN

    BANDAR SERI BEGAWAN,  16 SEPT Dalam hasrat untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI meneruskan lagi Jerayawara Kenali ASEAN di Sekolah Menengah Katok bertempat di dewan serba guna sekolah berkenaan.

    Turut hadir pada taklimat berkenaan ialah Timbalan Pengetua Akademik, Dayang Suzanah binti Haji Kurus dan para tenaga pengajar sekolah tersebut. 

    Taklimat yang dihadiri 158 pelajar Tahun 8 itu disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail.

    Acara antara lain bertujuan menanamkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN: Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti. Para pelajar juga berpeluang mengikuti sesi Kuiz Kenali ASEAN.

    Selain itu, ia juga sebagai usaha berterusan untuk menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar bagi menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan, pada masa yang sama mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

     

    Awang Eddy Iswandy semasa menyampaikan taklimat pada jerayawara tersebut. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Antara pelajar yang menghadiri taklimat berkenaan.
    Atas dan bawah: Antara pelajar yang telah menerima cenderahati semasa taklimat berkenaan.

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda