Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk semangat kesukanan melalui kejohanan boling

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Dalam usaha untuk menggalakkan warga Kementerian Pendidikan bergiat aktif dan berdaya saing dalam sukan, Kejohanan Boling Sepuluh Pin telah diadakan hari ini di Golden Bowling, The Airport Mall.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi setiap kategori ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.

    Kejohanan diadakan sempena Hari Guru ke-32 berkenaan juga diharap dapat memupuk semangat harmoni dan silaturahim dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Ia juga merupakan salah satu aktiviti sukan dan riadah bagi menyemarakkan dan memeriahkan sambutan dengan tema ‘Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan’.
    Kejohanan dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori VIP lelaki, kategori VIP perempuan, kategori berpasukan lelaki dan kategori berpasukan perempuan.

    Tetamu kehormat majlis menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda