Wednesday, December 18, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puteri Sarah bengang digelar ‘geng secondhand’

    Tindakan seorang warganet menggelar Puteri Sarah Liyana dan Bella Astillah sebagai ‘geng secondhand’ mengundang rasa kurang senang pelakon itu.

    Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, meluahkan rasa bengang apabila menerima banyak komen hinaan dan negatif di Instagram (IG) terutamanya daripada golongan lelaki.

    “Bukan main kau komen hina aku dengan Bella. Dekat sini pengecut pula, sebenarnya banyak sahaja jantan sakit mental penuh dekat komen IG tu,” katanya.

    Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi satu ciapan yang dimuat naik di aplikasi X miliknya.

    Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mendedahkan lelaki tersebut sudah menyekatnya di media sosial.

    Pelakon drama Hijrah Jannah itu menyifatkan lelaki berkenaan sebagai pengecut kerana hanya pandai meninggalkan komen di media sosial.

    “Eh? Pengecut rupanya block kita. Ingat hebat sangat. Komen dekat IG macam bagus.

    “Bukan main kau komen IG aku. Dah letak muka tiba-tiba profile semua hilang. Bila tweet bukan main nampak baik tapi munafik. Sudahlah komen kurang ajar,” ujarnya.

    Sebelum ini, Puteri Sarah memuat naik video trend lagu Alamak Raya bersama Bella Astillah dan Didi Astillah di Instagram miliknya.

    Video tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet termasuk komen daripada lelaki yang mendakwa Puteri Sarah dan Bella adalah ‘geng secondhand’ kerana sudah berpisah dengan suami. – mStar

    Puteri Sarah dan Bella didakwa sebagai ‘geng secondhand’. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda