Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putin di Hanoi setelah tandatangani pakatan pertahanan Korea Utara

    HANOI, 20 JUN – Presiden Rusia, Vladimir Putin bertemu rakan sejawatannya dari Vietnam pada hari ini ketika beliau memulakan lawatan negara ke Hanoi, sehari selepas menandatangani pakatan pertahanan bersama dengan Kim Jong Un dari Korea Utara.

    Putin dan Kim menandatangani perjanjian strategik pada sidang kemuncak di Pyongyang yang termasuk komitmen untuk membantu satu sama lain jika diserang.

    Kim juga berikrar ‘sokongan penuh’ untuk perang Rusia ke atas Ukraine.

    Putin disambut oleh Presiden Vietnam, To Lam yang baru dilantik dan seorang pengawal tentera di istana presiden di Hanoi.

    Beliau akan mengadakan perbincangan dengan Lam dan kemudian bertemu dengan pemimpin kanan Vietnam yang lain termasuk Setiausaha Agung berkuasa Parti Komunis yang memerintah, Nguyen Phu Trong. – AFP

    Presiden Rusia, Vladimir Putin (kiri) dan Presiden Vietnam, To Lam (kanan) bergambar semasa lawatan rasmi di Istana Presiden di Hanoi pada hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda