Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rahm raih gelaran pertama Masters

    AUGUSTA, AMERIKA SYARIKAT, 10 APRIL – Pemain Sepanyol, John Rahm mencipta tiga bawah par 69 pada pusi-ngan akhir untuk menjuarai kejohanan Masters pertamanya di Augusta National Golf Club semalam.

    Kejayaan Rahm hadir pada ulang tahun ke-40 legenda Sepanyol Seve Ballesteros meraih kemenangan kedua kejohanan Masters. Tarikh 9 April juga hari kelahiran Ballesteros.

    Ballesteros mengetuai pasukan Eropah menjuarai Piala Ryder 1997 di Sotogrande, Sepanyol, sesuatu yang mempengaruhi Rahm, keluarga dan minat mereka dalam golf.

    “Sejarah kejohanan punca utama kenapa saya bermain dan salah satu sebab mengapa saya beraksi dan Seve salah seorang daripada mereka,” kata Rahm mengenai Ballesteros yang meninggal dunia pada 2011 ketika berusia 54 tahun.

    “Jika bukan kerana Piala Ryder ‘97, kami tidak tahu di mana saya sekarang.”

    Jon Rahm bergambar bersama trofi Masters semasa Majlis Jaket Hijau di Kelab Golf Nasional di Augusta pada 9 April 2023. – AFP

    Rahm, juara Terbuka Amerika Syarikat 2021 meraih trofi kejohanan utama keduanya selepas mencatat 12 bawah par 276 dengan kemenangan empat pukulan.

    Brooks Koepka yang mendahului perlawanan sejak Khamis lalu merosot di pusingan akhir dengan 75 dan menamatkan kedudukan di tangga kedua bersama Phil Mickelson.

    Semalam, Tiger Woods terpaksa menarik diri daripada kejohanan selepas mengalami kecederaan ibu jari kanan.

    Dia mempunyai baki 10 lubang untuk dilengkapkan pada pusingan ketiga dan 18 lagi di pusingan keempat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda