Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat Bulgaria keluar mengundi seawal 7 pagi

    SOFIA, BULGARIA, 2 APRIL – Rakyat Bulgaria mula mengundi dalam pilihan raya awal pada hari ini seawal 7 pagi waktu tempatan (0400GMT).

    Hampir 6.6 juta pengundi berdaftar layak mengundi dalam pilihan raya itu, manakala 738 peti undi dibuka di 62 negara, menurut Kementerian Luar, lapor agensi Anadolu.

    Kira-kira 21 parti dan gabungan menamakan calon untuk merebut 240 kerusi Parlimen dalam pilihan raya berkenaan.

    Kementerian Dalam Negeri Bulgaria memaklumkan pihaknya meningkatkan langkah keselamatan bagi pilihan raya itu.

    Pemilihan pada hari ini merupakan pilihan raya umum kelima Bulgaria sejak April 2022 dengan harapan mampu mengatasi krisis politik di negara terbabit. – Bernama/Anadolu

    Presiden Bulgaria, Rumen Radev membuang undi di pusat mengundi semasa pilihan raya parlimen negara itu di Sofia, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda