Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ramai puji sikap pemurah Shin Min Ah

    Pelakon Shin Min Ah sememangnya terkenal sebagai artis yang baik hati dan suka menderma.

    Portal Allkpop melaporkan pelakon berkenaan dianggarkan telah menderma hampir RM12 juta untuk mereka yang memerlukan sepanjang kariernya.

    “Shin Min Ah dijangka telah memberi bantuan sebanyak 3.3 bilion won (RM11,517,428.05) untuk golongan yang memerlukan sepanjang menjadi artis,” kata wakil agensi pelakon itu.

    Katanya, pelakon Hometown Cha Cha itu juga telah mendermakan sebanyak 100 juta won (RM349,013) pada awal tahun dan 269 juta won (RM907,433) di penghujung tahun ini.

    “Di penghujung tahun 2022, Shin Min Ah sempat menderma kepada dua institusi iaitu Komuniti Pemeriksaan Dada Korea dan Pusat Perubatan Asan.

    “Awal tahun juga dia telah menderma dua institusi lain seperti Persatuan Jabatan Harapan bagi Bantuan Bencana Kebangsaan untuk bantuan kecemasan dan barangan khusus yang diperlukan oleh mangsa kebakaran hutan,” katanya.

    Shin Min Ah sememangnya aktif membantu golongan memerlukan seperti menderma sejak 2009 lagi. – Agensi

    Shin Min Ah mendermakan sebanyak 100 juta won pada awal tahun dan 269 juta won di penghujung tahun ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda