Thursday, January 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rashford kumpul dana bantu kanak-kanak susah

    LONDON, 31 MAC – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford sedang berusaha untuk membantu menyediakan makanan kepada anak-anak yang hanya bergantung pada makanan sekolah yang percuma selepas penutupan sekolah kerana COVID-19.

    Pemain antarabangsa England berusia 22 tahun itu telah bekerjasama dengan badan amal FareShare untuk membantu kanak-kanak di kawasan Manchester selepas sekolah ditutup.

    Dia mendedahkan bahawa teringat semasa zaman kanak-kanaknya telah menginspirasikannya untuk membantu mereka.

    “Pada masa lalu saya telah melakukan banyak kerja berkaitan dengan kanak-kanak dan ketika saya mendengar sekolah-sekolah ditutup, saya tahu bermakna makanan percuma untuk beberapa kanak-kanak tidak dise-diakan di sekolah,” kata Rashford.

    “Saya masih ingat ketika saya sedang bersekolah saya diberikan makanan percuma dan ibu saya tidak pulang ke rumah sehingga pukul enam petang, jadi saya hanya boleh makan seterusnya pada pukul 8.

    Saya bernasib baik dan terdapat banyak kanak-kanak yang susah yang tidak dapat makanan di rumah.”

    Rashford berkata pengumpulan dana telah berjalan lancar.

    “Kami telah mengumpul £100,000 (AS$124,000) bermakna kita dapat memberi suapan kepada 400,000 kanak-kanak, jadi ia sangat positif.”

    Manchester United dan Manchester City telah bergabung untuk mendermakan makanan di kawasan itu. – AFP

    Rashford sedang berusaha untuk membantu menyediakan makanan kepada kanak-kanak di sekitar Manchester. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda