Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan anti-Marcos adakan perarakan

    MANILA, 25 FEB – Beratus-ratus penunjuk perasaan Filipina berarak melalui Manila hari ini, menandakan ulang tahun kebangkitan yang menggulingkan Ferdinand Marcos, sambil berikrar untuk menghalang anaknya daripada mengulangi pemerintahan diktator.

    Marcos Jr memenangi jawatan presiden secara besar-besaran pada 2022, hampir 40 tahun selepas pemberontakan ‘Kuasa Rakyat’ menamatkan pemerintahan 20 tahun mendiang bapanya dan menghantarnya ke dalam buangan di Amerika Syarikat.

    Walaupun Marcos Jr kekal popular, kempennya untuk mengubah perlembagaan 1987 telah terbukti memecah-belahkan penduduknya.

    Pengkritik memberi amaran usaha itu boleh membawa kepada pemansuhan had penggal, di mana presiden kini hanya dibenarkan memegang jawatan dalam tempoh enam tahun.

    “Tujuan protes itu adalah untuk menolak langkah perubahan piagam Marcos iaitu langkah untuk kekal (berkuasa)… yang pada asasnya adalah peristiwa yang telah berlaku 38 tahun lalu,” kata ahli ekonomi, Rosario Guzman, 58, memberitahu AFP dia juga telah mengambil bahagian dalam pemberontakan 1986.

    Marcos menegaskan dia ingin meminda peruntukan ekonomi piagam untuk membolehkan lebih banyak pelaburan asing, dan sebaiknya mewujudkan lebih banyak pekerjaan.

    Beliau berkata aspek politik termasuk had penggal perlu ditangani kemudian.

    Menurut polis di Manila, beberapa ratus orang menyertai perarakan hari ini, berbeza daripada perarakan yang telah membanjiri laluan utama ibu kota selama empat hari pada Februari 1986 sehingga tentera menarik balik sokongannya kepada Marcos.

    Kumpulan hak asasi manusia berkata, rejim Marcos Jr memenjarakan, menyeksa atau membunuh berpuluh-puluh ribu pengkritik, termasuk pemimpin agama, wartawan dan aktivis pelajar, manakala rasuah menyebabkan negara itu miskin. – AFP

    Seorang lelaki bercakap selepas kalungan bunga diletakkan di hadapan Monumen Kuasa Rakyat semasa ulang tahun ke-38 revolusi ‘Kuasa Rakyat’ di Epifanio de los Santos Avenue, di Quezon City, metro Manila pada 25 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda