Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    RB tingkat kekerapan penerbangan ke Sarawak mulai 5 April

    KUCHING, 31 JAN – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) akan meningkatkan kekerapan penerbangannya dari negara itu ke laluan Kuching kepada empat kali seminggu mulai 5 April dengan beroperasi pada Selasa, Khamis, Jumaat dan Ahad.

    Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, RB dan Kementerian Pengangkutan Sarawak memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan jumlah purata penumpang ke Bumi Kenyalang pada 2022 serta tahun lepas adalah melebihi 65 peratus.

    “Bagi musim perayaan akan datang, tiket sedang dijual dan jika terdapat permintaan, RB akan menaik taraf perkhidmatan dengan menggunakan pesawat Boeing 787 Dreamliner yang lebih besar atau menambah jumlah penerbangan,” menurut kenyataan itu sambil menambah ketika ini, penerbangan bagi laluan Brunei-Kuching menggunakan pesawat A320. – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda