Sedih dan emosi terganggu kerana lapar, pelakon Reen Rahim menangis semasa bercuti baru-baru ini kerana ketiadaan makanan di dalam bilik hotel.
Cerita Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 35, sejak kecil lagi keluarganya tidak pernah membiarkan dia kelaparan atau kurang tidur.
Meskipun usia sudah menginjak dewasa, Reen berkata dia masih terbawa-bawa kelakuan itu.
“Benda paling mak dengan kakak saya takkan biar terjadi dalam hidup saya sejak kecil lagi… kena cukup tidur dan cukup makan.
“Saya seorang saja ke macam ini? Lapar punya fasal, tak cukup tidur punya fasal boleh sedih betul.
“Kalau berdepan dengan masalah besar tak mahu pula sedih menangis… persoalannya adakah saya normal? Adakah semua perempuan macam ni,” katanya.
Reen berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.
Dalam rakaman video dikongsi, Reen turut dilihat sedih dan memarahi suaminya kerana gagal mendapatkan makanan.
Difahamkan, aktres berkenaan bersama suaminya iaitu Hafizan Ibrahim dan rakan-rakan mereka sedang menikmati percutian di sebuah kapal mewah.- Agensi