Wednesday, December 18, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Reka rak bunga kayu tergantung

    Oleh Syahmi Hassan –

    Reka bentuk rak bunga kayu tergantung ini diilhamkan oleh Segi Tiga Penrose, iaitu ilusi 2D yang kelihatan seperti segi tiga 3D yang mustahil. (Gambar 1)

    Rak ini dinamakan AirVase kerana ia seolah-olah seperti pasu yang tergantung di udara dengan tumbuhan diletakkan di dalamnya.

    Reka bentuk ini membawa konsep tersebut ke tahap seterusnya, menghasilkan ilusi mustahil dengan menggunakan teknik konstruksi tensegriti.

    Tensegriti atau tensional integrity merupakan keseimbangan antara elemen dan menghasilkan ilusi objek yang kelihatan seperti terapung.

    ANTARA BARANG DIPERLUKAN

    • 3 jenis atau warna kayu berbeza.
    • Jalur lapisan gelap
    • Batang logam atau batang kayu
    • Tali pancing
    • Dawai 20G
    Crimp beads
    • Gam CA
    • Gergaji meja
    • Pengampai bangku
    • Gerudi
    • Playar muncung jarum kecil

    POTONG JALUR KAYU & GAMKAN

    Semua kepingan kayu dipotong menjadi jalur segi empat tepat berukuran 10mm x 20mm dan panjang sekitar 12 inci.

    Potongan kayu kemudian dipotong pada sudut 60 darjah menggunakan gergaji meja dengan sled mitre. (Gambar 2)

    Gambar 1. – Gambar oleh Bippy8
    Gambar 2. – Gambar oleh Bippy8
    Gambar 3. – Gambar oleh Bippy8
    Gambar 4. – Gambar oleh Bippy8
    Gambar 5. – Gambar oleh Bippy8
    Gambar 6. – Gambar oleh Bippy8
    Gambar 7. – Gambar oleh Bippy8
    Gambar 8. – Gambar oleh Bippy8
    Gambar 9. – Gambar oleh Bippy8

    Panjang segi tiga dalaman dibuat sekitar 45mm, manakala segi tiga luaran sekitar 58mm.

    Jalur lapisan gelap ditambah antara segmen untuk memberikan efek 3D. (Gambar 3)

    RATAKAN UNTUK BENTUK SEMPURNA

    Gunakan pengampai bangku bagi membantu meratakan bahagian atas dan bawah segi tiga serta tiga tepinya. (Gambar 4)

    Penggunaan kertas pasir secara manual tidak memakan masa yang lama.

    Bahagian sudut segi tiga perlu dikikir sedikit untuk membantu memberikan ilusi 3D.

    BELAH SEGI TIGA

    Segi tiga dibuat lebih tebal supaya dapat dibelah menjadi dua menggunakan gergaji meja, menjimatkan masa.

    Untuk keselamatan, belahan boleh dilakukan menggunakan bandsaw. (Gambar 5)

    PERSIAPAN UNTUK PEMASANGAN TENSEGRITI

    Untuk membuat struktur tensegriti, lubang perlu digerudi pada salah satu tepi segi tiga pada sudut yang sesuai (contohnya 12 darjah) untuk memegang kayu logam.

    Batang logam yang digunakan dipalu pada hujungnya supaya boleh digerudi lubang kecil bagi tali pancing menembusi tengahnya. (Gambar 6)

    TAMBAH Anchor Point UNTUK TALI PANCING

    Anchor Point diperlukan untuk menyeimbangkan batang yang mengalami tekanan dengan tegangan di sekitar tepi segi tiga. (Gambar 7)

    Dawai 20G digunakan untuk membuat anchor point yang dimasukkan ke dalam lubang kecil di sekitar segi tiga.

    Tali pancing dipotong sekitar 9 inci, kemudian diikat dengan crimp beads di hujungnya.

    Titik ini kemudian dilampirkan pada anchor point dan dipegang dengan gam CA.

    Panjang tali setiap hujung mesti sama untuk memastikan rak kelihatan rata. Ketinggian rak ditentukan sekitar 6 inci.

    LANGKAH TERAKHIR – TALI TENGAH

    Langkah ini mungkin rumit sedikit, tetapi caranya ialah dengan mengikat tali berganda pada salah satu hujung tali pancing dan memasukkannya melalui lubang kayu bawah dan kemudian kayu atas.

    Tarik tali dengan ketat untuk memastikan struktur stabil.

    Tandakan titik keluar pada kayu atas menggunakan pen penanda hitam.

    Setelah struktur dilonggarkan sedikit, ikat tali berganda pada titik tanda tersebut untuk kestabilan penuh. (Gambar 8)

    Apabila langkah terakhir ini selesai, bahagian atas dan bawah dapat digerakkan sedikit dan ia akan bersatu dengan stabil. (Gambar 9)

    Tip rekaan

    • Pilih kayu dengan warna berbeza seperti kayu cerah dan gelap untuk menyerlahkan ilusi 3D dan memberi kesan visual yang unik.

    • Selitkan jalur lapisan gelap di antara sambungan kayu untuk memperkuat kesan melayang dan menyembunyikan sambungan dengan rapi.

    • Potong kayu dengan sudut tepat, terutamanya 60 darjah pada tepi, untuk memastikan keseimbangan struktur dan ilusi melayang yang sempurna.

    • Batang logam yang berkilat akan menambah daya tarikan, manakala batang matte membantu fokus pada bentuk segi tiga.

    • Gunakan tali pancing yang halus tapi kuat untuk memberi ilusi melayang tanpa sokongan yang jelas.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda