Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja boleh masuk premis atas budi bicara

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Kebenaran untuk memasuki mana-mana premis perniagaan seperti gedung membeli-belah dan restoran bagi remaja yang telah melengkapkan vaksinasi mereka adalah tertakluk kepada premis tersebut.

    Seperti yang diketahui, dalam masa peralihan ini, mana-mana individu yang telah mendapatkan vaksinasi lengkap adalah dibenarkan memasuki mana-mana premis perniagaan dan juga restoran.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara tersebut pada sidang media hari ini, berhubung kekeliruan mengenai kebenaran remaja yang telah melengkapkan vaksinasi untuk memasuki gedung membeli-belah dan restoran.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya mengi-ngatkan yang mana premis-premis dan restoran mempunyai hak masing-masing jika mereka tidak menerima remaja yang telah lengkap vaksinasi masuk ke gedung membeli-belah atau restoran.

    “Pihak kerajaan memang membenarkan mana-mana yang telah melengkapkan dua dos vaksinasi untuk masuk ke premis sama ada restoran atau gedung membeli-belah dan sebagainya tapi jika gedung membeli-belah itu tidak membenarkan dengan apa juga alasan, itu terpulang kepada mereka,” jelasnya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menjawab pertanyaan yang diajukan pada sesi sidang media harian di Kementerian Kesihatan, kelmarin. – Gambar oleh Syahmi Hassan

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda