Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    BIBD hargai rakan kongsi

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) baru-baru ini telah meraikan hubungan kukuhnya dengan lebih 1,200 rakan kongsi dan pelanggan pada Hari Penghargaan Rakan Kongsi yang diadakan dua hari di Daerah Brunei dan Muara dan Kuala Belait.

    Jemputan terdiri daripada rakan-rakan strategik BIBD dari sektor awam dan swasta merentasi pelbagai industri.

    Acara itu pada mulanya diadakan di The Empire Brunei, Jerudong pada 1 Februari dan diteruskan pada 2 Februari di Hotel V Plaza, Kuala Belait.

    Para jemputan telah dialu-alukan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri.

    Turut hadir bagi menerima kehadiran para tetamu ialah pasukan pengurusan kanan BIBD serta kakitangan bank tersebut.

    BIBD, sebagai rakan kongsi dalam kemajuan negara, amat menghargai sokongan dan kepercayaan daripada rakan kongsi strategiknya yang bekerjasama dengan bank dalam menjayakan projek-projek yang sejajar dengan nilai-nilai bank dan matlamat negara untuk akhirnya menyumbang kepada kejayaan ekonomi dan kemakmuran Brunei.

    ATAS & BAWAH: Awang Junaidi bersama rakan-rakan strategik BIBD daripada sektor awam dan swasta pada Hari Penghargaan Rakan Kongsi di Daerah Brunei dan Muara dan Kuala Belait.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...