Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Renjer maut dalam letupan bom

    PATTANI, 16 MAC – Seorang anggota renjer maut manakala tiga lagi cedera dalam satu letupan bom berdekatan Markas Renjer 4204 di Pattani, selatan Thailand, hari ini.

    Ketua Polis Mayo Kol. Pol. Suebsakul Maninuan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi (waktu tempatan) itu, empat anggota renjer itu dikatakan sedang memeriksa sebuah pam air yang rosak berdekatan markas itu.

    “Sebutir bom buatan sendiri seberat 3 hingga 5 kilogram dipercayai dipasang pada pam air dan diletupkan ketika anggota-anggota renjer itu memeriksa pam air itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

    Beliau berkata empat anggota renjer cedera termasuk dua yang cedera parah digegaskan ke Hospital Mayo dan Hospital Pattani.

    “Seorang anggota renjer meninggal dunia di Hospital Pattani,” katanya.

    Beliau berkata polis akan mempergiatkan usaha menjejaki pihak yang terlibat dalam kejadian itu. – Bernama

    Anggota skuad bom memeriksa tapak serangan di wilayah Pattani yang membunuh seorang renjer manakala mencederakan tiga yang lain. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda