Saturday, November 16, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Resepsi Hari Kebangsaan Kuwait

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Kedutaan Besar Kuwait di Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan majlis resepsi makan malam bagi meraikan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Kuwait ke-56 dan ulang tahun Hari Kemerdekaan Kuwait ke-26 yang telah berlangsung di Dewan Indera Samudra, Empire Hotel & Country Club.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan mewakili kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke majlis itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kuwait ke Negara Brunei Darussalam, Dr. Fahad Mashary Al-Thafiri semasa menyampaikan ucapannya menyatakan bahawa hubungan dua hala di antara Kuwait dan Negara Brunei Darussalam telah berkembang maju dan kini semakin berkembang menerusi pelbagai bidang melalui pelbagai lawatan rasmi yang telah diadakan.

    Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kuwait ke Negara Brunei Darussalam, Dr. Fahad Mashary Al-Thafiri serta pegawai kedutaan Kuwait menyempurnakan pemotongan kek ulang tahun Hari Kebangsaan Kuwait dalam Majlis Resepsi Makan Malam bagi meraikan Ulangtahun Hari Kebangsaan Kuwait ke-56 di Empire Hotel & Country Club malam tadi.

    Yang Berhormat Pehin dan Dr Fahad pada majlis resepsi makan malam  bagi Hari Kebangsaan Kuwait.
    Yang Berhormat Pehin dan Dr Fahad pada majlis resepsi makan malam bagi Hari Kebangsaan Kuwait.
    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kuwait ke Negara Brunei Darussalam semasa menyampaikan ucapannya.
    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kuwait ke Negara Brunei Darussalam semasa menyampaikan ucapannya.

    Beliau berkata, kedua-dua buah negara mempunyai banyak ciri yang sama dalam pelbagai aspek seperti agama dan budaya, ekonomi, visi dan cita-cita untuk meneroka sumber-sumber asli dan sumber manusia untuk pembangunan yang mapan di samping mempelbagaikan sumber pendapatan, Terdahulu, majlis resepsi berkenaan telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Kuwait, kemudian majlis turut menyaksikan Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi dan Dr. Fahad Mashary Al-Thafiri memotong kek ulangtahun Hari Kebangsaan Kuwait.

    Majlis turut disemarakkan lagi dengan tayangan klip video mengenai Kuwait.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda