Wednesday, September 11, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan tunjuk perasaan bantah rancangan buka lombong litium di Serbia

    BELGRADE, 11 OGOS – Ribuan penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di Belgrade kelmarin, membantah rancangan untuk melombong litium di Serbia, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Pencinta alam sekitar berpendapat bahawa perlombongan litium ini sangat toksik kepada alam sekitar. Menurut seruan beberapa persatuan perlindungan alam sekitar, orang ramai berkumpul di dataran utama ibu kota Serbia dengan slogan ‘Tidak akan ada Lombong’.

    Sebahagian daripada penunjuk perasaan turut menduduki landasan di dua stesen di ibu kota Serbia itu, sekali gus menyekat laluan kereta api di sana. Polis pada mulanya tidak campur tangan.

    Menjelang demonstrasi itu, beberapa pemimpin penunjuk perasaan telah mengumumkan sekatan jalan raya lebih lanjut di negara ini dalam beberapa hari akan datang, tanpa memberikan butiran lanjut.

    Dalam beberapa hari kebelakangan ini, ramai penduduk di lebih daripada 40 bandar di Serbia telah mengadakan tunjuk perasaan membantah projek berkenaan. – Bernama

    Penunjuk perasaan menyekat landasan di stesen kereta api utama Belgrade pada 10 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda