MIAMI/PERANCIS, 5 JUN – Ribut Tropika Alex, ribut pertama dinamakan pada musim taufan Atlantik, terbentuk kelmarin di Teluk Mexico yang menyaksikan pendaratan di selatan Florida dengan hujan lebat dan angin kencang.
Peramal Pusat Taufan Nasional berkata bahawa Alex mempunyai kelajuan angin 50 bsj dan terletak kira-kira 435 kilometer timur laut Fort Pierce, Florida.
Alex ialah versi baharu ribut yang dipanggil Taufan Agatha apabila ia melanda Pantai Pasifik Mexico awal minggu ini, membunuh sekurang-kurangnya 11 orang dan menyebabkan seramai 20 lagi hilang.
Sementara itu, ribut petir dan hujan batu yang kuat di sekitar Perancis pula mengakibatkan seorang wanita maut dan 14 orang cedera, memusnahkan ladang anggur serta menangguhkan penerbangan di negara tersebut.
Manakala di Cuba, bencana ribut telah mengorbankan tiga jiwa, merosakkan berpuluh-puluh rumah di Havana serta memutuskan bekalan elektrik di beberapa kawasan.
Alex kini akan dijangka melepasi berhampiran atau hanya di utara Bermuda pada hari Isnin dan amaran ribut tropika telah mula berkuat kuasa di sana. – AFP/AP
