Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Risalah rasmi FABD galak perpaduan komuniti bola sepak

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Dengan matlamat untuk menghubungkan peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa serta menyelaraskan usaha bagi menjadikan sukan bola sepak sebagai satu sumber kebanggaan negara dan simbol kejayaan, Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) melancarkan risalah rasminya, FABD Moving Forward dalam majlis pelancaran yang berlangsung di Rumah FABD, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan pelancaran risalah rasmi FABD berkenaan ialah Presiden FABD, Haji Feisal Eusoff. Turut hadir ialah Timbalan Presiden FABD, Haji Mahrub bin Haji Murni, ahli-ahli jawatankuasa eksekutif, pegawai-pegawai kerajaan serta jemputan khas.

    Dalam ucapannya semasa pelancaran berkenaan, Haji Feisal menyatakan risalah rasmi FABD diterbitkan dalam format digital bahasa Melayu bagi peminat tempatan dan bahasa Inggeris bagi penggemar bola sepak global.

    Versi bahasa Inggeris berkenaan juga akan diedarkan kepada FIFA, AFC, AFF serta 211 orang ahli persatuan bola sepak kebangsaan dalam keluarga FIFA.

    Sebagai saluran komunikasi yang mustahak, tambahnya, risalah itu adalah selaras dengan Pelan Strategik FABD dan berharap komuniti bola sepak akan menerimanya dengan penuh semangat serta menyediakan maklum balas positif untuk menyokongnya.

    Mengulas mengenai tajuk risalah rasmi berkenaan, Haji Feisal menyatakan ia mencerminkan dinamisme dan mengajak semua pihak untuk bergerak ke hadapan bersama dan berganding bahu mencapai matlamat tersebut.

    Risalah berkenaan menyediakan maklumat mengenai bola sepak negara kepada rakan-rakan sejawat FIFA dengan mengemaskinikan perkembangan terkini serta yang terbaharu dalam bola sepak Brunei.

    Haji Feisal hadir bagi menyempurnakan majlis pelancaran risalah rasmi FABD, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Antara yang hadir semasa majlis pelancaran tersebut yang berlangsung di Rumah FABD. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda