Sunday, October 6, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rocket stove lengkapi perkhemahan bersama keluarga

    Oleh Amri HTZ –

    Kerja mengimpal walaupun nampak senang, ia memerlukan pengetahuan dan pengalaman untuk mendapatkan hasil akhir yang sempurna.

    Lebih banyak latihan yang dilakukan akan memperoleh banyak pengalaman. Oleh itu bagi menajamkan kemahiran mengimpal, projek mereka rocket stove juga berguna bagi mereka yang suka aktiviti lasak seperti berkhemah.

    Barang-barang diperlukan

    Mesin kimpal
    Plat besi
    Mesin angle grinder
    Pita pengukur
    Helmet kimpal
    Sarung tangan kimpal
    Baju pelambat kebakaran

    POTONG PLAT BESI

    Angle grinder dengan bilah pemotong akan digunakan untuk memotong plat besi dengan ukuran diperlukan. Sebelum itu ukur dan tandakan plat dengan ukuran diperlukan sebagai panduan untuk memotongnya. Dua jenis plat digunakan dalam projek ini iaitu plat berketebalan 1/8 inci untuk struktur rekaan, manakala bagi kaki rekaan menggunakan plat 3/16 inci. (Gambar 2)

    Bagi memudahkan langkah mengimpal bahagian-bahagian rekaan, alat magnetic welding angle arrow akan digunakan untuk mengekalkan kedudukan secara sementara. Mulakan dengan langkah mengimpal plat besi bahagian belakang dan sisi kiri rekaan yang terbuat daripada plat berukuran 6 x 18 inci dengan teknik tack weld. (Gambar 3)

    Ketika melaksanakan langkah tack weld daripada bahagian dalam cantuman, pastikan kedudukan besi tidak bertindih di antara satu dengan lain. Ini bagi membolehkan awda melaksanakan langkah mengimpal secara penuh permukaan luarannya nanti. (Gambar 4)

    Gambar 1. – Gambar oleh Marsh
    Gambar 2. – Gambar oleh Marsh
    Gambar 3. – Gambar oleh Marsh
    Gambar 4. – Gambar oleh Marsh
    Gambar 5. – Gambar oleh Marsh
    Gambar 6. – Gambar oleh Marsh
    Gambar 7. – Gambar oleh Marsh
    Gambar 8. – Gambar oleh Marsh
    Gambar 9. – Gambar oleh Marsh
    Gambar 10. – Gambar oleh Marsh
    Gambar 11. – Gambar oleh Marsh
    Gambar 12. – Gambar oleh Marsh

    Langkah seterusnya ialah mengimpal bahagian sisi kanan rekaan daripada besi berukuran 6 x 18 inci. Seperti langkah sebelumnya, dalam memastikan kedudukan besi betul-betul 90 darjah, alat magnetic welding angle arrow akan digunakan untuk membantu mendapatkan kedudukan diperlukan. (gambar 5)

    Bagi mengimpal bahagian depan rekaan, plat besi berukuran 6 x 9¼ inci akan dikimpal pada bahagian atas sementara plat berukuran 6 x 3¼ inci pada bahagian bawah meninggalkan sedikit ruangan pada bahagian tengah untuk chute rekaan. (Gambar 6)

    KIMPAL BAHAGIAN CHUTE REKAAN

    Sebelum membolehkan besi bahagian chute dikimpal, dua keping plat berukuran 1 x 5¾ inci akan dikimpal pada sisi kiri dan kanan ruangan untuk chute. Ini diikuti dengan dua keping plat besi berukuran 4 x 10 inci yang salah satu bahagian hujungnya akan dipotongkan dengan kedudukan 45 darjah. Langkah ini bagi membolehkan chute dalam kedudukan mencondong sebagai ruangan untuk memasukkan kayu. (Gambar 7)

    Pada bahagian atas chute pula akan ditutup dengan plat besi berukuran 4 x 10 inci.

    Pastikan salah kedua-dua bahagian hujung plat selaras dengan kedudukan besi chute sebelum mengimpalnya. Selain itu, bahagian bawah struktur utama rekaan pula akan ditutup dengan besi berukuran 6 x 6 inci. (Gambar 8)

    Langkah seterusnya diikuti dengan menutup bahagian bawah bahagian chute dengan plat besi berukuran 4 x 6 inci.

    Teknik tack weld yang diterapkan kekal digunakan pada langkah ini dalam memastikan jika berlakunya kesilapan dalam menetapkan kedudukan setiap bahagian, langkah memotong dan menanggalkannya semula dapat dilakukan dengan mudah. (Gambar 9)

    GRATE UNTUK BAHAGIAN ATAS REKAAN

    Bagi bahagian grate, yang membolehkan awda meletakkan alat memasak di atasnya akan memerlukan awda memotongkan dua keping plat berukuran 1½ x 12 inci. Takuk (notch) akan direka pada bahagian tengah besi, dan kedudukan di mana besi tersebut bersentuhan dengan bahagian atas struktur utama untuk membolehkan saling mengunci dan boleh ditanggalkan. Kedua-dua bahagian hujung besi pula akan dibentuk dengan potongan 45 darjah bagi menghiasinya. (Gambar 10)

    Tiga keping besi berukuran 1 x 12 inci dengan ketebalan 3/16 inci akan dipotongkan untuk kaki rekaan dengan bentuk trapezium.

    Bahagian hujung besi tersebut akan dipotongkan dengan kedudukan 45 darjah. Satu lagi kaki rekaan akan menggunakan besi berukuran 1 x 8¾ inci, lebih pendek daripada bahagian lainnya memandangkan permukaan depan rekaan yang mempunyai chute.
    (Gambar 11)

    Sebagai langkah terakhir rekaan, keseluruhan permukaan luaran rekaan akan dikimpal penuh bagi memastikan struktur rekaan kukuh. Bagi bahagian yang dirasakan kurang elok setelah dikimpal, awda boleh memperbaikinya dengan cara membuangkan bahagian tersebut kemudian mengimpalnya semula.

    Dengan langkah terakhir ini, rekaan yang telah disiapkan sedia untuk digunakan untuk memasak hidangan ketika awda berkhemah di suatu tempat mahupun di halaman rumah. (Gambar 12)

    Tip rekaan

    Grate direka dengan notch membolehkan awda menanggalkannya dan membersihkan bahagian dalam rekaan.

    Bagi mengurangkan impak karat pada rekaan, lindungi seluruh permukaan rekaan menggunakan cat hi-temp dan anti karat.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda