Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rodri rehat hingga hujung musim

    MANCHESTER, 24 SEPT – Pemain tengah Manchester City dan Sepanyol, Rodri mungkin terlepas baki musim ini kerana kecederaan anterior cruciate ligament (ACL), menurut laporan di Sepanyol, semalam.

    Pemain berusia 28 tahun itu cedera ketika City seri 2-2 dengan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin terbaring sambil memegang lutut kanannya.

    ESPN dan akhbar harian sukan Sepanyol, Marca melaporkan ujian kelmarin mengesahkan kecederaan ACL itu.

    Ketiadaan Rodri akan menjadi tamparan besar buat City untuk menjuarai EPL kali kelima berturut-turut dan impian untuk merampas kembali trofi Liga Juara-Juara.

    Bekas pemain Atletico Madrid itu hanya kalah sekali dalam 84 perlawanan terakhir bersama kelab dan negaranya.

    Dia disebut-sebut berpotensi memenangi anugerah Ballon d’Or tahun ini selepas peranan pentingnya membantu kejuaraan City dalam EPL dan kejayaan Sepanyol pada Euro 2024.

    City tidak mempunyai pengganti Rodri dan ketiadaannya meninggalkan kekosongan besar di bahagian tengah pasukan Guardiola.

    Mateo Kovacic telah mengambil alih peranan sebagai pemain tengah bertahan pada awal musim kerana Rodri dimasukkan secara perlahan-lahan selepas keletihannya memenangi pemain terbaik kejohanan di Euro 2024. – AFP

    Reaksi Rodri semasa kecederaan dalam perlawanan bola sepak EPL antara City dan Arsenal di stadium Etihad pada 22 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda